siapa yang bodoh?

siapa!

SIAPA!!

cepat cakap!

sebenarnya, kalau kamu semua nak tahu lah, budak rachel yang sorang nie lah yang bodoh. kebodohan tahap maksima sehingga budak budak sekolah rendah pun lebih pandai daripada dia.

kalau nak tahu mengapa saya bodoh, kenelah dengar cerita bagaimana saya daripada bangun sebagai seorang yang pandai sehinggalah menjadi bodoh.

hari ini, saya bangun pagi pagi, bukanlah awal sangat pun... bangun awal sebab belum siap menaip surat permohonan untuk latihan industri saya. hari ini, syarikat besar bernama KMPG datang ke kampus saya untuk mengambil pelajar untuk menjadi pelatih di syarikat mereka.

saya mengambil kesempatan ini untuk menghadiri sesi temu duga dengan KPMG agar dapat tempat sebagai pelatih. punyalah terkejutnya saya bila diberitahu kene mengambil ujian sebelum boleh ditemu duga! ujian tersebut ada 3 bahagian; kene uji bahasa inggeris, matematik dan esei bahasa inggeris. lagi bertambah ke-terkejutan saya bila dengar kena uji matematik sebab tak bawak kalkulator. pelajar akaun manalah yang tidak membawa kalkulator tak kira ke mana dia pergi? hanya seorang sahaja pelajar yang bodoh cam saya! (tapi ada perkara yang lebih bodoh yang akan saya ceritakan)cikgu saya tak bagi tau pun yang pelajar akaun sepatutnya membawa kalkulator walaupun nak pergi tandas berak! tak der pun!

nasib baik lah saya dapat pinjam kalkulator dengan kawan!

dah habis ujian tulisan, masa untuk temu duga pulak. ketakutan saya bertambah in leaps and bounds. TENSION GILA BABI! menunggu giliran saya untuk ditemu duga.

hah! sekarang kita sudah mencapai klimaks cerita bahasa melayu saya!! haha! sebenarnya, saya menulis blog dalam bahasa melayu sebab terlalu penat, ada kepenatan mental yang tak terbilang(kepenatan mental, itu memang tak boleh dibilang pun!). penat sebab ketakutan dan bimbang tentang temu duga itu. memang tiada perkataan yang boleh menggambarkan perasaan saya ketika menunggu. penat sebab masa saya ditemu duga itu lama, kene menggunakan jus jus otak saya agar saya menggunakan perkataan bahasa inggeris yang berbunga bunga! sudah lah, quota bahasa inggeris untuk hari ini telah semuanya digunakan untuk temu duga tadi. jadi, saya pun menulis blog dalam bahasa melayu.

oh! terlupa pulak!

rachel nie memang bodoh!!! sebab dia mengaku pernah miss deadline! entahlah saya sakit kat mana saya mengaku pernah menghantar assignment lewat kepada pekerja kpmg yang menemu duga saya!! memang tak patut seseorang yang ingin menyertai syarikat itu mengaku perkara buruk seperti ini!! saya nie mesti seorang yang sangat lurus. tak tau macam mana nak tipu tipu sikit. entah lah macam mana nak jadi dengan temu duga saya.....

wah! nampakmya, saya sudah menulis blog yang agak panjang. dalam bahasa melayu pulak tu! maksudnya, quota berbahasa melayu untuk 2009 telah habis digunakan!!

haha! seronok jugak dapat ber-BM sebab dah lama sangat tak cakap dalam BM. tak karat jugak skills BM saya! baiklah, tu jelah yang saya nak blog... semua orang mesti bersetuju dengan saya pasal budak rachel yang bodoh tu, ok??

tidak mengapalah, saya akan mengambil temu duga ini sebagai pengalaman, belajar dari kesilapan. lain kali, buat persediaan yang secukupnya.

selamat tinggal!

back with a new layout!

it seem to feel like a very long time since i last blogged. suddenly, i feel awkward that i am back to blogging, i have no idea what to write... where to pick up from where i left off?

but anyway, what do u all think of the new layout? took me almost forever to decide on one... this one seem to be the one i like the most...

oh well, check back soon. i think i will get my blogging mojo back! =D